Quantcast
Channel: Automotif – EKSIDENZ
Viewing all 21 articles
Browse latest View live

Inilah 9 KERETA Polis Yang TERMAHAL Di Dunia Yang Akan Buat Ramai Kata WOW!!!

$
0
0

Inilah 9 KERETA Polis Yang TERMAHAL Di Dunia Yang Akan Buat Ramai Kata WOW!!!Pasukan polis adalah sangat penting dalam mana-mana negara. Maka tidak hairanlah jika negara-negara moden meningkatkan perkhidmatan polis mereka dengan peralatan terkini, senjata, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan negara. Tetapi apabila sampai ke bab kereta, beberapa negara sanggup membelanjakan sejumlah wang yang tidak masuk dek akal untuk membeli kereta mewah bagi pihak polis.

Berikut adalah 9 kereta polis yang termahal di dunia.

#9. Amerika Syarikat – Dodge Charger Police Interceptor:  USD 46,000

Ini adalah kereta polis yang paling laju di Amerika Syarikat. Pelbagai model telah diubah suai untuk kegunaan polis tetapi kereta ini yang terkini dengan kelajuan enjin V8 mampu menggunakan kuasa kuda 292 dan kelajuan tertinggi 147mph.

#8. Australia & UK – Lotus Exige Cruise USD

Kereta ini dibina dengan enjin 220 kuasa kuda yang boleh memberikan kelajuan tertinggi 140mph. Bukan calang-calang polis yang boleh memandu kereta ini. Mereka akan ditapis daripada beratus-ratus pegawai polis melalui latihan yang sukar.

#7. Austria – Porsche Carrera 911: USD 95,000

Boleh bergerak dengan kelajuan 186mph, Porche Carrera 911 ini adalah salah satu kereta paling laju bukan sahaja dalam Pasukan Polis Austria, tetapi juga di dunia.

#6. Abu Dhabi – Nissan GT-R: USD 100,000

Nissan GT-R adalah salah satu kereta polis paling berharga di Abu Dhabi. Namun kereta ini hanya digunakan untuk mengejar penjenayah atau operasi penyamaran.

#5. Qatar – Porsche Panamera USD 175,000

Anda mungkin akan melihat banyak kereta Porsche di Qatar. Bukan sahaja untuk kegunaan orang awam tetapi kereta rasmi seperti Polis. Porsche adalah nombor satu dalam list kereta di Qatar kerana kerajaan mereka merupakan pemegang saham Porsche. Qatar juga mempunyai motosikal BMW dan Toyota Land Cruiser V8s sebagai kenderaan peronda.

#4. Afrika Selatan – Lamborghini Gallardo USD 248, 000

Nama pun Lamborghini kan. Tiada apa yang boleh menyaingi kereta Lamborghini Gallardo polis di Afrika Selatan ini. Dibina dengan enjin V10 yang boleh menjana 570 kuasa kuda dan boleh pergi sejauh 476 mph. selain Afrika, Itali dan United Kingdom juga mempunyai kereta ini sebagai armada mereka.

#3. England – Lamborghini Murcielago USD 380, 000

Kereta Lamborghini Murcielago ini telah diubah suai untuk kegunaan polis. Enjin V9, 10 silinder yang menggunakan 550 kuasa kuda boleh mencapai kelajuan tertinggi iaitu 199mph.

#2. Germany – Mercedes-Benz Brabus Rocket USD 580, 000

German memang terkenal dengan pengeluar kereta-kereta mewah dan laju. Jadi tak hairanlah polisnya juga menggunakan kereta yang mewah. Mercedes Benz Brabus Rocket CLS dikuasai enjin V12 Biturbo memberikan kelajuan sejauh 228mph.

#1. Dubai – Bugatti Veyron USD 4 juta

Antara kereta termahal di dunia dan digunakan sebagai kereta polis di Dubai. Boleh pergi sejauh 267mph yang mana bukan sahaja kereta termahal tetapi juga terpantas. Sayangnya, kereta ini bukanlah digunakan untuk mengejar orang jahat tetapi sebagai paparan kekayaan Dubai.

The post Inilah 9 KERETA Polis Yang TERMAHAL Di Dunia Yang Akan Buat Ramai Kata WOW!!! appeared first on EKSIDENZ.


Inilah 14 GAMBAR Kenderaan Sultan Johor Yang Paling MAHAL Di Dunia.. Memang WOW !!!

$
0
0

Inilah 14 GAMBAR Kenderaan Sultan Johor Yang Paling MAHAL Di Dunia.. Memang WOW !!! | Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane hari ini. Trak tersebut dilaporkan mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit.

1

Antara keistimewaan trak itu adalah dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.

“Ini impian beta, adakah beta tersenyum?”, kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.

Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta)

“Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini”, kata baginda.

“Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia”, kata baginda lagi.

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal. Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h. – Siakapkeli.my

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN Kini DIDEDAHKAN !!!

The post Inilah 14 GAMBAR Kenderaan Sultan Johor Yang Paling MAHAL Di Dunia.. Memang WOW !!! appeared first on EKSIDENZ.

Video Budak 4 Tahun ‘Memandu’ Trak Volvo Untuk Uji Ketahanan Ini Ditonton Lebih 8 Juta Kali !!!

$
0
0
Video Budak 4 Tahun ‘Memandu’ Trak Volvo Untuk Uji Ketahanan Ini Ditonton Lebih 8 Juta Kali !!!Lebih 8 juta kali video dibawah telah ditonton oleh warga netizen di seluruh dunia.
volve-truck-girl-2015-12-04-01-1
Volvo telah mengeluarkan satu model trak baru-baru ini dan untuk menguji ketahanan jentera tersebut, Sophie Brown, seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun telah diberikan kebenaran untuk ‘memandunya’ menggunakan alat kawalan jauh.
Kanak-kanak perempuan itu dipastikan keselamatannya dengan dibiarkan mengawal trak tersebut dari jarak  yang selamat.
Kalau dah namanya budak, mestilah kehancuran yang akan dilakukan!
Bagaimanapun, trak terbaharu Volvo ini nyata cukup ampuh sekiranya berlaku kemalangan.
via: Kedahnews.com

The post Video Budak 4 Tahun ‘Memandu’ Trak Volvo Untuk Uji Ketahanan Ini Ditonton Lebih 8 Juta Kali !!! appeared first on EKSIDENZ.

Inilah GAMBAR-GAMBAR Proton Iriz 2016 Baru Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!!

$
0
0

Inilah GAMBAR-GAMBAR Proton Iriz 2016 Baru Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!! | Proton bakal mengeluarkan model Iriz yang sebelum ni berbentuk hatch-back kepada sedan pada tahun 2016. Model baru Iriz ni dikhabarkan akan mengambil Proton Persona sebagai based-model.a

1

Semenjak Proton diambil alih oleh DRB Hicom, Proton sekarang dah bukan macam Proton dahulu. Lebih menarik, lebih selamat dan paling penting lebih updated dengan citarasa pembeli masa ini. Terbaik la Proton. Semoga terus sukses !! Kredit Paultan.

2
3
4

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Inilah GAMBAR-GAMBAR Proton Iriz 2016 Baru Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!! appeared first on EKSIDENZ.

Lelaki Ini Lawan Hujah Tentang Spesfikasi Yang Dikeluarkan Oleh JPJ Buat Ramai Orang Tepuk Tangan Tanda SETUJU !!!

$
0
0

Lelaki Ini Lawan Hujah Tentang Spesfikasi Yang Dikeluarkan Oleh JPJ Buat Ramai Orang Tepuk Tangan Tanda SETUJU !!!Sering kali ramai tertanya-tanya apakah bahaya kita memandu kereta tidak menggunakan spesifikasi yang telah ditetapkan Jabatan pengangkutan, seperti nombor pendaftaran, ekzos, lampu tambahan dan tinted, adakah ia merupakan faktor kemalangan jalan raya.

Seorang lelaki bernama Jeremy Ng Cheng Soon telah menulis dan mematahkan hujah yang dikeluarkan oleh JPJ mengenai spesifikasi yang ditetapkan.

Pada tarikh 29 Disember 2015, Jpj telah membuat operasi bersepadu dengan agensi2 lain di Rnr Gurun. Highway ditutup dan semua kenderaan wajib masuk Rnr untuk pemeriksaan.

1382848_10208713747349651_7736562365497603079_n 1919320_10208713748469679_1695029416988500590_n 10336696_10208713748109670_6369569224097804328_n

Pada petang tu juga saya ride lalu highway itu dan telah menjumpai satu objek di tgh highway dipercayai sebahagian dahan pokok yg jatuh dari lori. beratnya lebih kurang 5 kg. mcm mana andai malam dan tidak nampak objek tersebut? tidakkah sy masuk paper hari ini?

Setiap tahun, pada hujung tahun Ketua Pengarah JPJ akn mengumumkan statistik bilangan kemalangan serta kematian tahun tersebut dan juga langkah2 Beliau ingin menanganinya. Mcm tahun lepas Ketua Pengarah ada sebut yg Beliau ingin 10 716 org mati menjelang tahun 2020. (Video ada pada saya dan juga dlm youtube).

Yg paling lawak di sini, Operasi yg paling kerap dilakukan adalah operasi berfokuskan

1. Nombor Plet
2. Ekzoz
3. Lampu2 Tambahan
4. Tinted
5. Visor Gelap
6. Footrest

Ya saya xpernah ke sekolah engineering, sy x bljr aerodynamics dan seangkatan, tetapi tanpa semua ilmu itu sy yakin ianya bukan punca kemalangan. Adakah anda nak tahu punca2 sebenar?

Statistik dan org rmai juga menyatakan yg kemalangan selalunya melibatkan motosikal ( majoriti kes kemalangan). Inilah punca2 utama.

1. Keadaan jalan tidak sekata, berkawah, berlubang, berpasir, berbatu bsr.

2. Tiada lampu jalan di kwsn2 kerap berlaku kemalangan. ( Selekoh tajam, bonggol) Untuk pengetahuan semua banyak kawasan highway Utara Selatan yg langsung tiada lampu jalan.

3. Driver2 yg tidak tahu menggunakan signal ketika ingin membelok.

i – Tiada Signal
ii – Signal Terus Belok
iii – Sambil Belok Sambil Signal.
iv – Signal kanan belok kiri.

4. Kenderaan2 lain yg bygkn diri mereka glow in the dark. 8, 9 , 10 malam pun drive xbuka lampu.

5. Kenderaan2 dibenarkan menggunakan tayar celup oleh agensi2 yg sepatutnya membantu mengurangkn kadar kemalangan serta membantu memastikan keselamatan pengguna jalanraya.

6. Kenderaan2 dibenarkan “Overload” , atau membawa muatan yg tidak diikat, dibalut dgn betul dan selamat. Smpai brg2 jatuh ke jalan mcm dlm gmbr diatas.

7. Lori dan bas yg mcm F1 di highway.

8. Pemandu2 kenderaan bsr kerja melebihi had jam yg dibenarkan. (lori/bas).

9. Pemandu2 mabuk.
(slalu buat roadblok siang2 memang xjumpa la org mcm tu kn. lol)

10. Pemandu/penunggang yg dirve/ride dengan cara tidak selamat.

Itu antara contoh punca2 kemalangan. Dan bukan seperri anda buat dlm Ops Tinted, Ops Ekzoz, Ops Nombor Plet.

Kami guna ada sebab. Kalau nk berdebat saya bersedia. Kes ini saya dah fight di mahkamah tahun 2015.

1. Nombor Plet
Nombor plet kcil or shining menyukarkan kita kesan andai berlaku kecurian, rahut dan sebagainya. Yes benar. Namun pada kepingan plet kadang ada satu logo Yamaha pun saman? apa cerita ni? bukan lekat atas huruf dan nombor.

2. Ekzoz
Ekzoz disaman ats kesalahan ubahsuai ekzoz. bising la kononnya. Pernah dgr Harley Davidson? Sunyi sepi ke ekzoz asalnya? Bising kan? Jd adakah asas saman itu masih merujuk kepada bunyi? Tahukah anda ekzoz sgt2 mampu mnyelamatkn nyawa? Kes ini yg saya fight habis habisan di mahkamah 2015.

3. Lampu2 Tambahan
Motosikal ada berapa lampu di belakang dan dpn? 1 je kn? Andai kata blow lampu tersebut, mcm mana?bygkn malam.. nk stop perjalanan tnggu smpai pagi? nk call plus tlg tkrkn lampu? nk repair sndri tgh highway malam2? tapi andai ada lampu extra, led extra, tidakkah rider tersebut masih kelihatan walaupun blow 1 lampu?

4. Tinted
Tinted gelap kononnya bnyk jenayah berlaku dan lain2. yes ok, ada benarnya.
tapi yg x gelap, dah brapa kes kna pecah di lampu isyarat? dah brapa kes handbag, laptop dan lain2 brjaya dilarikan, nk letak di bwh? xnampak ke letak di bwh? nk letak handbag di boot?? logik ke? bnyk kebaikkan ke keburukkan tinted ni?

5. Visor Gelap
visor gelap memang kadang digunakan sewaktu merompak. namun xsmestinya sorg salahguna semua haramkn.
Yg kluarkn statement ni sememangnya mat kereta dan xpernah ride jauh. klau ride ke pasar tidak dikira ride k. ride jauh, silau, matahari terpacak dpn mata, xbahaya ke? x burn ke muka andai clear visor? depa mana tau, dduk dlm keta tinted ada aircond ada. kami x kaya.

6. Footrest
Bygkn dduk dgn keadaan kaki 90 darjah berjam jam. xlenguh ke? footrest dicipta dgn angle kedudukan kaki yg selesa untuk rider2. kalau 90 darjah je msti kurang selesa andai ride jauh. (xsemua org rsa mcm tu, lain org lain rasa).
mana datangnya bahaya item tersebut?

Saman kita boleh bayar. Andai ianya mampu bantu menambah keselamatan kita ats jalanraya, ekzoz, lampu, tinted, footrest, visor, semua kita guna je. Berani buat berani tanggung org kata. Tp saya kata “Saya buat bersebab, bnyk sgt sebabnya, andai rasa nk fight point jom. point2 saya antara hidup dan mati. kalau nk fight stakat guna akta pi balik ok”.

Lupa nk mention. apabila sy upkn isu2 ni di Page Utama Jpj , Saya diblock je. Mcm ni ke satu organisasi bsr hndle pertanyaan? ke memang dah kehabisan peluru. oops jpj mana ada peluru lupa pulak.

Jadi di sni sy nk bg cadangan pada organisasi2 terlibat, Tlglah, nk buat kerja tu buatlah tp fikir fikirkan dulu apa yg dikuatkuasakan, apa yg disaman, apa tujuan dan asas operasi. Jgn dgr je kata2 org atas. Kita diberi akal untuk berfikir sndri dan untuk kita bndingkn baik buruk. Jgn pentingkn KPI,Target. Hari ini kita buat kt org, esk mana tahu.

Andai ada yg berminat, saya ada lagi satu posting berkenaan saman ekzoz di wall saya. andai free boleh la tgk2kn. Tq.

Sekian

Jeremy Ng

P.S. 1 – Cabut Plug Yang tidak Diguna Mampu Menjimatkan Elektrik…Tak Percaya??? Ini Perkongsian Dari Seorang Wanita Di FB Yang Betul-Betul BERKESAN !!!
P.S. 2 – ‘””Video….Punca Utama Terjadi PERGADUHAN Dan KEKECOHAN Di Kompleks Kota Raya Yang Mengakibatkan Peniaga Di PUKUL !!!
P.S. 3 – (DIKEMASKINI) PESILAT Maut TERTIKAM Keris Ketika Membuat Persembahan Di Rumah Pengantin !!!
P.S. 4 – Puisi Yang Bertajuk “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!
P.S. 5 – “Kak Bagi Acc No Nanti Saya Bank In Kan” Inilah Perkongsian Rakan Artis Tentang Arwah Yus Yang Buat Kita SEBAK !!!

The post Lelaki Ini Lawan Hujah Tentang Spesfikasi Yang Dikeluarkan Oleh JPJ Buat Ramai Orang Tepuk Tangan Tanda SETUJU !!! appeared first on EKSIDENZ.

Inilah GAMBAR-GAMBAR Kereta GENERASI BARU Proton Saga Yang Dijumpai Sedang Diuji Di Atas Jalan Raya Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!!

$
0
0

Inilah GAMBAR-GAMBAR Kereta GENERASI BARU Proton Saga Yang Dijumpai Sedang Diuji Di Atas Jalan Raya Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!!Ada satu berita baik terutamannya kepada kaum lelaki apabila dikatakan generasi baru Proton Saga yang akan diumumkan pada tahun ini telah dikesan berada di atas jalan raya Malaysia.

11

Memetik laporan portal automotif terkenal, Paultan, gambar-gambar Proton Saga generasi baru itu sedang diuji diatas jalan raya Malaysia beberapa hari lalu dan gambar berjaya diambil oleh pengguna media sosial Chua TC, serta diperoleh daripada Proton Iriz Komuniti kumpulan (Malaysia) Facebook.

Berdasarkan pemerhatian, kereta berkenaan agak jelas sebagai pengganti Saga semasa walaupun banyak diubahsuai tetapi masih beberapa bahagian menyerupai bentuk asal iaitu bentuk asas, pintu depan dan cermin pintu yang masih menyerupai Saga BLM membuatkan ia agak mustahil merupakan kereta model baru lain dari Proton.

Apa yang membezakan kereta generasi baru ini dengan Saga sedia ada ialah, lampu, bumper depan lebih sporty, dan bahagian depan kereta kelihatan sama dengan keluaran Preve.

Selain itu, bahagian pemegang pembuka pintu kereta ini adalah dari rekaan kereta Proton Iriz membuatkan rekaan ini dilihat lebih kemas daripada kereta Saga semasa.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan cc kereta ini dan ada mengatakan ia akan didatangkan dengan enjin 1.3 dan 1,6 liter VVT seperti enjin Proton Iriz dengan dipadankan dengan sistem manual lima kelajuan atau CVT.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

P.S. 1 – TAHNIAH Marsha Dan Pasangan…11 GAMBAR Majlis Pernikahan Marsha Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 2 – Inilah KOMEN Tan Sri Annuar Musa Setelah Dua Syarat Qu Puteh Untuk Menaja The Red Warriors Jadi VIRAL Hari Ini !!!
P.S. 3 – Inilah Dua Syarat PENTING Qu Puteh Sebelum Menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Bakal Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 4 – Puisi Yang Bertajuk “Wasiat Buat Tauke” Ini Bakal Buat Kita MENANGIS !!!
P.S. 5 – “Kak Bagi Acc No Nanti Saya Bank In Kan” Inilah Perkongsian Rakan Artis Tentang Arwah Yus Yang Buat Kita SEBAK !!!

The post Inilah GAMBAR-GAMBAR Kereta GENERASI BARU Proton Saga Yang Dijumpai Sedang Diuji Di Atas Jalan Raya Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!! appeared first on EKSIDENZ.

Tun Mahathir TAK SENGAJA Dedah Proton Perdana 2016 Baru (10 GAMBAR).. Memang WOW !!!

$
0
0

Tun Mahathir TAK SENGAJA Dedah Proton Perdana 2016 Baru (10 GAMBAR).. Memang WOW !!! | Pada program pelancaran kempen ‘My New Proton’ yang baru diadakan, ramai dikejutkan prebiu Proton Perdana 2016. Seperti yang diketahui, Perdana 2016 ini diasaskan dari model Honda Accord generasi kelapan. Kami difahamkan model ini akan hadir dengan dua varian berbeza iaitu versi 2.0L dan 2.4L, sama seperti Honda Accord.

1

Untuk bahagian luaran, muka Perdana 2016 direka dengan rekaan signatur Proton (seperti Iriz dan Preve) bermula dari lampu utama dan wing pada gril hadapan serta logo Proton terbaharu dengan efek 3D. Lampu utama jenis projektor xenon untuk model 2.4L (projektor halogen untuk model 2.0L) turut disertakan dengan lampu nyalaan siang LED. Sirip sisi pada fender hadapan ditambah membezakan rupa Perdana 2016 dan Accord pada sisi hadapan.

Rekaan yang paling ketara membezakan Accord dan Perdana adalah pada bahagian belakang. Bahagian but menampakkan Perdana ini lebih tinggi dari Accord dengan penambahan quater window pada tiang-C. Lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis LED seiring dengan rekaan sedan segmen-D pesaingnya kini.

Untuk model 2.4L, Proton akan memadankan kit badan yang merangkumi lips spoiler pada bahagian depan dan belakang bersama skirt sisi. Difahamkan kedua-dua varian akan dilengkapi rim bersaiz 17-inci tetapi dengan dua opsyen rekaan berbeza. Walaupun rekaan yang dipertontonkan belum dimuktamadkan untuk produksi, kami berpendapat terlalu banyak trim krom pada bahagian luaran yang menyebabkan rekaan keseluruhan tampak agak ‘sarat’ (visual tidak dapat disertakan kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar pada sesi prebiu ini).

Pada bahagian dalaman, tidak ada banyak yang berubah jika dibandingkan dengan Accord. Perdana ini dilengkapi dengan pedal penukar gear dan kawalan kelajuan pada roda stereng, sistem hiburan dan navigasi GPS, penghawa dingin dua-zon, kamera undur, sistem anti-perangkap untuk tingkap hadapan, stereng teleskopik dan tempat duduk larasan kuasa untuk pemandu.

Reka bentuk papan pemuka adalah seiras dengan Accord kecuali tambahan paparan skrin sesentuh pada bahagian tengah. Model ini disahkan tidak mempunyai sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua varian. Kemasan dalaman ditawarkan dengan dua warna berbeza mengikut varian iaitu beige untuk model 2.4L dan hitam untuk model 2.0L. Kesemua tempat duduk juga dibaluti dengan kulit penuh, manakala untuk trim model 2.4L menerima kekemasan kayuan dan model asas 2.0L hanya dipadankan dengan trim berwarna perak.

Perdana 2016 masih lagi mengekalkan enjin Honda K24Z I-VTEC aci sesondol berkembar untuk varian 2.4L (177 hp/222 Nm) dan R20A I-VTEC aci sesondol tunggal untuk varian 2.0L (154 hp/189 Nm). KREDIT PAULTAN.

2
3
4
5
6
7
8
9
10

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Tun Mahathir TAK SENGAJA Dedah Proton Perdana 2016 Baru (10 GAMBAR).. Memang WOW !!! appeared first on EKSIDENZ.

Inilah 12 GAMBAR Honda Civic 2016 Yang Buat Ramai Lelaki Bekerjaya Tak Sabar NAK BELI !!!

$
0
0

Inilah 12 GAMBAR Honda Civic 2016 Yang Buat Ramai Lelaki Bekerjaya Tak Sabar NAK BELI !!! | Honda Civic 2016 sekali lagi ditemukan sedang diuji sekitar Thailand. Kali ini dengan visual sedan segmen C tersebut yang lebih jelas ihsan dari grup Facebook Honda Civic X Thailand. Seperti yang anda lihat, sedan ini dipenuhi dengan pelekat bercorak ‘X’ di seluruh badan Civic generasi ke-10 tersebut.

1

Sebelum ini Civic berwarna perak tersebut dilihat pada Januari 2016 dan November 2015 dengan sedikit penyamaran ringan. Penampilan terbaharu ini nampaknya tidak berubah dengan kesemua lencana, lampu hadapan dan belakang dilekat dengan pelekat penyamaran. Pada pandangan profil sisi, boleh disimpulkan kereta ini akan dilengkapi rim aloi lima-jejari dan spoiler belakang untuk pasaran Thailand.

Berdasarkan maklumat dari sumber tersebut, kereta tersebut juga dilihat dilengkapi dengan lampu hadapan LED, lampu isyarat cermin sisi dan yang paling utama ia dikuasakan oleh enjin 1.5 VTEC Turbo terbaharu Honda, dan dipadankan dengan kotak gear CVT. Untuk Civic spesifikasi US, enjin tersebut berupaya menjana 174 hp pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 220 Nm hadir bermula 1,800 rpm hingga 5,000 rpm.

2
3

Difahamkan model ini turut akan dikeluarkan dalam varian 2.0 liter DOHC empat-silinder tanpa bantuan pengecas turbo (berkuasa 158 hp pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 187 Nm pada takat 4,200 rpm). Walau bagaimana pun, ketua R&D Honda Keiji Ohtsu sebelum ini membuat kenyataan tiada lagi kata putus sama ada semua Civic untuk pasaran Asia Tenggara akan dibekalkan dengan enjin janaan pengecas turbo tersebut.

Kita perlu menunggu Civic ini dilancarkan di Thailand untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sebelum kenyataan Ohtsu-san tersebut boleh disahkan. Namun begitu, Civic yang dicanangkan oleh Honda sebagai Civic terbaik pernah dibina ini perlu dibangunkan dengan mengambil kira banyak aspek untuk menghadapi pesaing-pesaing dari Eropah seperti BMW 3-Series, Mercedes-Benz C-Class, Audi A4 dan juga pesaing tradisi seperti Toyota Corolla, Mazda 3, Hyundai Elantra dan Kia Cerato. KREDIT PAULTAN.

4
5
6
7
8
9
10
11
12

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Inilah 12 GAMBAR Honda Civic 2016 Yang Buat Ramai Lelaki Bekerjaya Tak Sabar NAK BELI !!! appeared first on EKSIDENZ.


Inilah 15 GAMBAR Proton Persona 2016 Baru Yang Buat Ramai Kata WOW !!!

$
0
0

Inilah 15 GAMBAR Proton Persona 2016 Baru Yang Buat Ramai Kata WOW !!! | Proton Persona 2016 sekali lagi dijumpai sedang diuji diatas jalan raya Malaysia, kali ini oleh pembaca Pdud Kronos dan kemudian menghantar gambar tersebut kepada kami. Sedan segmen-B yang diasaskan dari Proton Iriz tersebut dilihat tampil dengan penyamaran yang lebih ringan. Ini membolehkan rupa paras sebenar kereta ini dilihat dengan lebih jelas.

1

Rekaan lampu hadapan jelas kelihatan. Berbanding dengan Iriz, lampu Persona ini direka dengan lebih nipis, diserasikan dengan gril hadapan. Rekaan signatur “Sayap Proton” yang ditampilkan pada gril krom bahagian atas menghubungkan kedua-dua lampu hadapan turut jelas kelihatan dalam gambar ini. Rekaan tersebut seiras dengan lakaran imaginasi pakar perisian Photoshop Theophilus Chin dan pemenang Pertandingan Rekaan Proton 2014 Pow Ying Hern

Bampar hadapan yang direka dengan gril bahagian bawah menonjolkan rekaan seiras Iriz, tetapi lampu kabus pada Persona ini berbentuk bulat berbanding Iriz yang berbentuk tiga segi. Pada bahagian sisi, kereta ini kelihatan seiras dengan Iriz, cuma dibezakan pada bahagian tiang-C.

2
Lakaran Proton Persona 2016, oleh Theophilus Chin (atas) dan Pow Ying Hern (bawah)

Perbezaan terbesar tentulah pada bahagian belakang kereta ini yang direka sebagai sedan berbanding Iriz sebagai sebuah hatchback. Imej yang dihantar ini menunjukkan dengan jelas lampu belakang yang berbentuk badam. Penutup but belakang menampilkan trim melintang yang menghubungkan kedua belah lampu belakang – seiras dengan lakaran milik Pow.

Berdasarkan dimensi Iriz yang 75 mm lebih tinggi dari Honda City dan Toyota Vios, Persona kelihatan lebih tinggi dari pesaing terdekatnya. Ini merupakan penyebab mengapa Persona ini nampak sedikit ‘pelik’ berbanding sedan segmen-B yang lain.

Persona serba baharu ini dikhabarkan akan muncul selepas pelancaran Proton Perdana 2016 tetapi sebelum kemunculan Proton Saga serba baharu. Enjin 1.3 liter VVT dan 1.6 VVT dijangka akan menjana kereta ini sama seperti Iriz semasa pelancarannya nanti. Kereta ini juga mungkin akan dikuasakan dengan enjin baharu 1.3 liter dan 1.6 liter pancitan bahan api terus (GDI/TGDI) Proton apabila program pembinaan enjin tersebut lengkap dan mula memasuki produksi penghujung 2017. KREDIT PAULTAN.

5
3
6
7
8
9
10

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Inilah 15 GAMBAR Proton Persona 2016 Baru Yang Buat Ramai Kata WOW !!! appeared first on EKSIDENZ.

Inilah 12 GAMBAR Kereta MEWAH Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir Yang Sangat AWESOME !!!

$
0
0

Inilah 8 GAMBAR Kereta MEWAH Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir Yang Sangat AWESOME !!! | Kereta mewah BUGATTI VEYRON cuma terdapat 3 sahaja di Malaysia. Bugatti Veyron Milik Sultan Johor, milik Mokhzani Mahathir dan seorang wanita di Kelantan.

1

Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit

Harga Buggati Veyron ini hampir mencecah RM10 juta ringgit setiap satu. Kalau di Malaysia saya percaya sahaja boleh mencecah RM10juta kerana tax dan duti lain yang akan dikenakan. Di United Kingdom, Buggati Veyron based price is approximately €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).

Unit yang telah terjual dari 2005 hingga 2011 cuma 300 unit sahaja. Road tax dan Insurance sahaja sudah lebih 5 angka di Malaysia (Lebih kurang RM25k setahun). Jom kita tengok !!!

2
3
4
5
6
8
10
11
9

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Inilah 12 GAMBAR Kereta MEWAH Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir Yang Sangat AWESOME !!! appeared first on EKSIDENZ.

Koleksi 20 Kereta Pelik Yang Akan Membuat Anda Teruja !!!

$
0
0

Koleksi 20 Kereta Pelik Yang Akan Membuat Anda Teruja !!! Kebanyakan daripada kita mempunyai kereta sama ada kereta biasa atau kereta mewah. Malah untuk mengetahui status kedudukan seseorang itu cukup untuk hanya melihat kepada kereta yang digunakan oleh seseorang. Walaupun begitu untuk anda menjadi tarikan dan perhatian manusia cukup sekadar anda membuat sesuatu yang pelik dan jarang ditemui. Disini kami hidangkan kepada anda 20 kereta yang pelik yang pernah di cipta:-

 

1)weird-unusual-cars-camera2

weird-unusual-cars-camerar
2)weird-unusual-cars-divorced

3)weird-unusual-cars-floppy-disk
weird-unusual-cars-floppy-disk2
4)weird-unusual-cars-bath-car

5)weird-unusual-cars-cat

6)
weird-unusual-cars-double
7)weird-unusual-cars-grass-car

8)
weird-unusual-cars-house

9)weird-unusual-cars-iameh

10)weird-unusual-cars-monster

11)weird-unusual-cars-mouse

12)weird-unusual-cars-post-it-jaguar

13)weird-unusual-cars-totally-tubular

14)weird-unusual-cars-ufo

15)weird-unusual-cars-wooden

16)weird-unusual-cars-zoo

17)weird-unusual-cars-ladys-shoe

18)weird-unusual-cars-telephone

19)weird-unusual-cars-duck

20)weird-unusual-cars-phantom

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Koleksi 20 Kereta Pelik Yang Akan Membuat Anda Teruja !!! appeared first on EKSIDENZ.

GEMPAR !!! Tun M Dedahkan Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Proton !!!

$
0
0

GEMPAR !!! Tun M Dedahkan Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Proton !!! Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton kerana tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan syarikat kereta nasional itu untuk kembali pulih “kerana kehadirannya”. Malah, katanya, beliau sebenarnya mahu melihat Proton kembali pulih dan maju.

mahathir

Oleh itu, beliau menyeru kepada pemilik dan pembeli Proton, supaya tidak menjadikan Proton sasaran kerana beliau tidak lagi menjadi pengerusinya dan menggesa mereka supaya terus menyokong Proton.

Dalam catatat di blog beliau semalam, Dr Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak dipecat oleh pihak pengurusan atau pemilik Proton.

“Saya buat keputusan saya sendiri, demi Proton, saya harus meninggalkannya,” kata Dr Mahathir sambil menambah bahawa beliau tiada dendam terhadap Proton atau pun beliau mahu ia gagal selepas meninggalkannya.

Katanya, Proton dilihat seolah-olah mempunyai masalah dengan kerajaan dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, jualan kereta Proton telah menjunam secara drastik.

“Saya tahu saya persona non grata dengan kerajaan. Saya tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan Proton untuk kembali pulih kerana kehadiran saya,” katanya lagi.

Beliau berkata, Proton mempunyai idea-idea yang hebat mengenai memperkenalkan model-model baru yang mempunyai kualiti yang baik.

Menurutnya, pada bulan ini Proton akan melancarkan Perdana baru dan kemudian pada tahun ini, syarikat itu akan melancarkan Persona dan Saga baru.

Bekas perdana menteri itu berkata, Proton tidak boleh mengharapkan apa-apa bantuan daripada kerajaan.

“Hanya pemilik dan peminat Proton boleh membantu Proton. Oleh itu, bantulah Proton, pembuat kereta nasional anda,” tegasnya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post GEMPAR !!! Tun M Dedahkan Punca Sebenar Beliau Tinggalkan Proton !!! appeared first on EKSIDENZ.

PENTING !!! 6 Simbol Penting Dalam Kereta Yang 90% Pemandu Tidak TAHU !!!

$
0
0

PENTING !!! 6 Simbol Penting Dalam Kereta Yang 90% Pemandu Tidak TAHU !!! Pada Dashboard kereta anda, terdapat pelbagai simbol anda boleh lihat. Simbol-simbol ini memberi makna tertentu atas permasalah yang berlaku pada kereta anda.

meter-combi-640x426

Pasti ramai yang tidak faham terutamanya kepada pemandu wanita. Jika simbol pada dashboard kereta anda menyala, pasti akan panik. Bro akan jelaskan secara ringkas apakah maksud simbol-simbol ini :

Check Engine

check engine

Simbol ini jarang keluar dan jarang berlaku. Jika ianya berlaku, ia disebabkan permasalahan sistem pendaftaran yang disambungkan kepada sensor seluruh kereta , enjin, bahan api dan sistem pelepasan. Ia boleh disebabkan banyak perkara. Terdapat 4,000 kod unik pada OBD-II ini.

Kerosakan Elektrik

sistem elektrik

Simbol ini bukan bermakna bateri kereta anda ‘kong’ tetapi ia bermakna sistem pengecasan elektrik anda tidak lagi berfungsi dengan betul. Ia seumpama anda mengecas bateri handphone. Jika anda mengecas sambil menggunanya, ia boleh tahan selama-lamanya tetapi bila anda menanggalkan pengecas tersebut, penggunaanya adalah terhad. Cuma beza dengan kereta, ia berkapasiti besar. Setiap kereta mempunyai alternator – pengecas – dan bateri 12V yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sistem elektrik kereta. Jika alternator rosak atau tali pinggang pemandu tidak dipasang , maka ia tidak akan dapat menjalankan tugasnya. Semakin lama anda memandu , lebih banyak kereta anda akan menggunakan baki kuasa bateri dan akhirnya enjin akan mati.

Lampu Amaran Brake

Brake prob

Masalah Brake

Jika simbol ini menyala, terdapat masalah pada sistem brek anda. Brek lampu amaran tidak mempunyai makna yang standard, ia boleh dinyalakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, cahaya yang sama boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa brek tangan ditarik. Jika ia berlaku, anda mungkin boleh lagi memandu, tetapi anda patut sedar bau terbakar brek seketika selepas itu. Lampu indikasi ini juga boleh menunjukkan bahawa cecair di dalam silinder induk di paras kritikal.

Lampu Amaran ABS

ABS prob

Masalah ABS

Jika kereta anda dilengkapi sistem brake ABS, terdapat simbol pada kereta anda. Ia tidak ada kesemua kereta. Bergantung pada model kereta anda. Jika simbol ini menyala, pastikan ia diperksa secepat mungkin. Ini bermakna komputer ABS telah mengesahkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam sistem. Ia boleh menjadi sesuatu yang murah dan mudah seperti kotoran di salah satu sensor, atau sesuatu yang mahal kerana memerlukan keseluruhan unit ABS diganti. Jika lampu ABS ini berkelip, ia merupakan masalah yang amat serius.

Lampu Amaran Coolant

Coolant prob

Masalah Coolant

Jika ia menyala, ia menunjukkan tahap penyejukan pada radiator anda berada pada paras yang rendah. AMARAN! Jangan buka cap radiator apabila enjin anda masih panas! Ia boleh menyembur akibat tekanan pada radiator tersebut. Top-up sistem penyejuk ini sama ada dengan penyejuk pra-campuran yang dibeli dari kedai, atau dengan air suling. Jangan menggunakan air paip, kerana deposit garam galian dalamnya akan mendidih dalam sistem penyejukan dan kalsium akan mendak di sekitar bahagian dalam radiator yang menjadikannya kurang cekap (yang akhirnya akan menyebabkan ia gagal berfungsi).

Lampu Amaran ‘Aladdin’

Oil prob

Masalah Minyak

Biasanya cahaya ini akan datang jika tekanan minyak kereta anda terlalu rendah. Tekanan minyak rendah adalah serius dan jika anda terus memandu dengan lampu ini menyala, akhirnya enjin anda akan mati jua akhirnya. Tekanan minyak rendah boleh disebabkan oleh pam minyak yang rosak, penapis minyak tersumbat, atau tahap minyak yang rendah – sebagai contoh jika enjin anda membakar minyak.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post PENTING !!! 6 Simbol Penting Dalam Kereta Yang 90% Pemandu Tidak TAHU !!! appeared first on EKSIDENZ.

TERKINI !!! Harga Kenderaan Dijangka Turun 30%, Tol Dalam Rundingan – Azalina Othman Said.

$
0
0

TERKINI !!! Harga Kenderaan Dijangka Turun 30%, Tol Dalam Rundingan – Azalina Othman Said. Harga kenderaan dijangka akan turun sebanyak 30% menjelang 2018, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina Othman

 

Kata Azalina, penurunan harga kenderaan ini adalah secara berperingkat-peringkat iaitu dari 20%, laporan News Strait Times.

“Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan termasuk memberikan geran insentif bagi mengurangkan jumlah duti eksais kepada syarikat pengeluar kenderaan dan juga termasuk nilai-tambah bagi komponen automotif tempatan.

“Insentif ini dilihat dapat memberikan kesan terhadap pengurangan harga jualan yang pernah direkodkan pada tahun 2013 iaitu sebanyak 3%, diikuti dengan 7% pada 2014 dan 2.7% pada 2015,” ujarnya.

 

tolll

 

Berkenaan dengan kadar tol pula, Azalina memberitahu sejak tahun 2008, kerajaan telah berunding dengan syarikat konsesi lebuhraya untuk mengurangkan beban kadar tol yang ditanggung oleh pengguna. “Rundingan ini adalah bagi mencari mekanisme terbaik bagi mengurangkan kadar tol dengan situasi ‘menang-menang’ untuk semua pihak yang terlibat, termasuk kerajaan, konsesi, pelabur dan pengguna,” jelasnya.

Katanya lagi, “Hasil rundingan tersebut, keputusan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya ditangguhkan sejak lapan tahun yang lalu, dari 2008 hingga 14 Oktober 2015.”

Ini turut melibatkan keputusan lain termasuklah menghapuskan kutipan tol dan penutupan lapan plaza tol di enam buah lebuhraya, mengurangkan kadar tol yang melibatkan tiga konsesi lebuhraya, menstruktur semula kadar tol di lebuhraya dan menyemak semula klausa dalam perjanjian konsesi, termasuk klausa semakan mekanisma tol.

Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya janji kerajaan dalam Pilihanraya lalu untuk mengurangkan harga kereta dan mengurangkan kadar bayaran tol.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post TERKINI !!! Harga Kenderaan Dijangka Turun 30%, Tol Dalam Rundingan – Azalina Othman Said. appeared first on EKSIDENZ.

WOWW !!! Inilah Model Terbaru Volvo Yang Akan Buat Anda TERLIUR !!!

$
0
0

WOWW !!! Inilah Model Terbaru Volvo Yang Akan Buat Anda TERLIUR !!! Kehadiran Volvo XC90 baharu merupakan saat paling kemuncak dalam sejarah syarikat pengeluar kenderaan Sweden itu. Enam tahun lalu, pada ketika mereka ingin membangunkan kenderaan sedemikian, konglomerat itu berhadapan dengan situasi ketidakpastian.

image (3)

Pergelutan ekonomi dunia, penurunan jualan dan ‘terdesak’, Ford sebagai pemilik Volvo terpaksa melepaskan jenama berkenaan selepas menjual Jaguar Land Rover kepada Tata Motors.

Setelah segala solusi diperincikan, pada 2010 secara rasmi Volvo dimiliki oleh syarikat pengeluar automotif China, Zhejiang Geely Holding Group.

Langit tidak selalunya mendung. Setidaknya Geely, syarikat luar itu membiarkan Volvo merencana hala tuju produknya. Mereka muncul dengan penyelesaian yang kemas dan kritis dalam menempuhi cabaran yang dihadapi oleh pengilang Eropah kecil itu.

Justeru itu, XC90 bukan sekadar pengganti model perdana syarikat. Ia juga kaya dengan teknologi baharu yang menjadi rakit asas bagi model seterusnya pada dekad akan datang.

Model SUV (kenderaan utiliti sport) mewah itu diharap dapat menarik minat dan meyakinkan pembeli menerusi tawaran tujuh kerusi, pacuan semua roda dan dibekalkan dengan segudang ciri keselamatan terkini.

Mungkin ini juga akan berhasil buat Volvo. Seperti mana Jaguar Land Rover sebuah syarikat yang dilabur oleh Ford. Semakin kukuh di bawah kawalan syarikat asing. Buktinya, di pasaran tempatan XC90 melakar sejarah tersendirinya apabila 100 unit yang dibawa masuk habis dijual sebelum rasmi dilancarkan.

image (2)

Rekaan Lampu Tukul Thor

Dari segi rekaan, Volvo menghasilkan alternatif lebih segar. Pesaing kepada BMW X5, Audi Q7 dan Range Rover itu tampil dengan pengaruh rekaan Scandinavian. Walaupun secara asas, acuan asli Volvo boleh dilihat menerusi ciri besar, berkotak dan bahu yang tinggi. Bagaimanapun, rekaan lampu LED hadapan inspirasi dari penukul Thor itu menonjolkan sisi unik XC90. Padanan gril menegak melengkapkan imej hadapan yang ringkas. Beralih ke  belakang, rekaan signatur lampu yang ditarik sehingga ke spoiler begitu mudah dicam. Ciri sporty diserlahkan dengan penggunaan ekzos krom berkembar.

Lebih menarik, XC90 adalah model pertama Volvo menggunakan platform modular SPAR (Scaleable Product Architecture). Teknologi ini menyumbang kepada berat XC90 yang lebih ringan, besar, selamat dan seimbang berbanding sebelumnya. Secara visualnya ini memperluaskan rasa kestabilan di samping pengendalian tinggi sebuah SUV.

Terang dan selesa seperti ruang tamu Sweden

Masuk ke kabin, kemasannya cukup halus dan santai. Tiada lagi barisan butang kawalan memenuhi konsol tengah yang merumitkan. Seperti mana model Volvo lain. Bahagian tengah papan pemuka kini dihuni kawalan infotainmen. Skrin sentuh itu sedikit kecil dari iPad. Pihak Volvo juga memudahkan urusan sentuhan. Skrin tersebut dapat mengesan apa juga permukaan jari.

Difahamkan, ia boleh disentuh walaupun menggunakan sarung tangan. Kini urusan kawalan sistem hiburan, pendingin hawa, fungsi kereta, mod pemanduan dan lain-lain diuruskan melalui skrin tersebut. Selain itu, anda juga boleh menggunakan perintah suara. Cuma ia terkadang menjengkelkan. Kerana sistem tidak dapat mengecam slanga English lidah tempatan. Pihak Volvo memperincikan kabin dengan gabungan elegan menerusi kulit lembut di serata kabin bersama kemasan kayu asli walnut. Ciri ini menyerlahkan sentuhan premium. Model dengan lencana  Inscription ini turut dilengkapi bumbung panorama/matahari yang memberikan rasa lapang dan penghuni dapat menikmati suasana malam yang indah. Inscription menambahkan sedikit rasa mewah dan perincian unik dan elegan. Seperti tawaran kemasan kulit Nappa pada kerusi.

Di konsol tengah sebahagian elemen seperti butang volum, butang penghidup dan butang mod pemanduan dipadankan dengan kemasan krom.

Duduk di kerusi pemandu memberikan sokongan selesa pada badan. Dengan adanya pelarasan lumbar, panjang, sokongan peha membuatkan anda tidak mudah penat ketika memandu jauh.

Soal ruang, cukup luas bagi penumpang barisan kedua. Kerusi boleh dilaraskan bagi menawarkan ruang kaki yang selesa bagi penumpang ketiga. Lebih menarik, mereka yang berketinggian 170 sentimeter boleh duduk selesa di kerusi barisan ketiga.

Kawalan pendingin hawa kerusi belakang boleh dilakukan menerusi skrin sentuh kecil elektronik. Pendek kata, rekaan yang bagus adalah satu cara hidup warga Sweden. Volvo mengenal pasti apa yang diinginkan oleh pengguna dan penyelesaian dalam menjadikan kehidupan lebih mudah. Ini kerana di Sweden mereka mencari solusi elegan kepada masalah kompleks.

image (1)

Pemanduan ke arah emisi rendah

Perjalanan sendirian bersama XC90 cukup menyeronokkan. Penulis dapat menikmati keindahan perjalanan kampung sekitar Kuala Selangor dengan tenang. Mesin dan manusia ibarat bersatu. Kabin begitu senyap. Apa yang terdengar hanyalah alunan muzik Dewa19. Bunyi angin dan kenderaan luar diserap dengan baik.

Posisi pemanduan yang tinggi memberi keyakinan buat penulis melalui laluan yang tidak begitu rata sekitar Kuala Selangor. Ditambah, suspensi menjalankan tugas dengan baik. Permukaan jalan beralun dan berlubang diserap maksimum tanpa menghantar hentakan keras ke kabin. Malah jentera tidak terlalu melayang dan membuai apabila dipacu laju di permukaan jalan tidak rata.

Volvo XC90 dilengkapi dengan plug-in hibrid. Pacuan elektrik sepenuhnya mampu dilakukan sekitar 43 kilometer dengan satu caj penuh.

Walaupun angka itu tidaklah besar, setidaknya ia menyumbang kepada pemanduan harian tanpa penghasilan karbon untuk perjalanan ulang-alik dari rumah ke pejabat. Jika baterinya habis, tidak perlu bimbang kerana enjin akan mengambil alih untuk menggerakkan XC90.

Cuma satu perkara yang mengganggu penulis ialah baki bateri. Hal ini kerana sekiranya bateri berkenaan sifar, anda tidak dapat menghidupkan enjin. Operasi itu menggunakan sistem elektrik. Kerana itulah, setiap kali memusing tombol penghidup ke arah start, bunyi enjin begitu senyap. Sehinggakan penulis berasa ragu-ragu di awalnya. Sama ada jentera itu sedia untuk bergerak atau tidak. Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana dengan adanya mod Save, penulis dapat melakukan penjimatan bateri.

Gabungan enjin 2.0 liter supercaj dan turbocaj dengan motor elektrik menawarkan prestasi yang mengagumkan. Kuasa 407hp dan tork 640Nm adalah mencukupi untuk pemanduan harian. Ia meluncur begitu lancar dan senyap serta selesa. Mod pemanduannya saja ada tujuh; AWD, Save, Pure, Hybrid, Power, Off Road dan Individual. Setiap pemilihan mod, suspensi hidraulik akan melakukan pelarasan secara automatik.

Jika anda mahu prestasi menggalakkan, hanya pilih sahaja mod Power untuk memastikan enjin responsif. Untuk mencapai 140 kilometer sejam (km/j) di lebuh raya cukup mudah. Tiada gejala lengahan dalam penghantaran kuasa. Transmisi 8-kelajuan menghantar kuasa ke roda dengan lancar. Saiz stereng yang sederhana cukup menyenangkan untuk digenggam. Karakternya tidaklah sporty dan sedikit ringan. Namun masih mampu menawarkan ketepatan ketika di selekoh.

Salah satu ciri yang menarik perhatian penulis ialah semi-autonomi Pilot Assist. Penulis hanya perlu menekan butang pada stereng di sebelah kiri untuk mengaktifkannya. Ia sesuai digunakan ketika kesesakan lalu lintas.

Sistem ini boleh diaktifkan pada kelajuan sehingga 50km/j. Dengan mengikut jarak yang ditetapkan dan kenderaan di hadapan. Sistem sendiri akan mengawal brek dan stereng secara elektronik.

Walaupun sedikit janggal pada permulaan, lama-kelamaan penulis mula menikmati ciri keselamatan berkenaan. Sedikit sebanyak penulis dapat merehatkan kaki daripada menekan brek ketika trafik padat. Apa yang menyerlah ialah pecutan dan daya membreknya cukup lancar. Sekiranya XC90 mengesan pemandu tidak memegang stereng, amaran akan dikeluarkan dalam tempoh 10 saat. Ini bagi memastikan tiada yang tertidur atau anda bermain dengan telefon menggunakan kedua-dua tangan ketika Pilot Assist aktif.

Kawalan badannya juga cukup kompetitif. Ia dirasakan sebagai kenderaan penumpang yang besar berbanding 4×4. Soal penjimatan bahan api tidak perlu dibahaskan lagi. Volvo XC90 menawarkan penjimatan petrol yang tiada tandingan.

Volvo XC90 adalah kenderaan yang memiliki teknologi termaju dengan mercu tanda tersendiri yang sarat dengan ciri-ciri yang mengagumkan, yang sebelum ini tidak pernah dipakejkan sekali dalam mana-mana model keluarannya.

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post WOWW !!! Inilah Model Terbaru Volvo Yang Akan Buat Anda TERLIUR !!! appeared first on EKSIDENZ.


INFO !!! Ketahui 14 Tips Mengetahui kondisi Enjin Ketika Membeli Kereta Terpakai Supaya Tidak TERTIPU !!!

$
0
0

INFO !!! Ketahui 14 Tips Mengetahui kondisi Enjin Ketika Membeli Kereta Terpakai Supaya Tidak TERTIPU !!! TIPS MEMBELI ENJIN POTONG HALFCUT (YANG TIP TOP)(Info ini Pun boley digune pakai masa nak bli kereta secondhand. wa post kat sini untuk panduan bersama.)

car-engine21-300x296

TIPS MEMILIH enjin HALFCUT

1) Bukak radiator cap. pastikan air dalam tu ijau cantik punyer…pastu jgn ttp…biar je terbuka…pastikan air dalam tangki spare cukup…

2) Bukak oil cap.tengok keadaan dalam enjin sama ada berkarat atau kekuningan…kalo karat,bermakna enjin sudah lama tak hidup..kalo kuning, ok la tu…kalo depan kesan hangus…(bau minyak hangus) sendiri mau ingat.

3) Tarik deep dtick…lap 1x…tengok ade kesan minyak tak…(biase kalo ade akan jd berbelang)…kalo ade belang tu…maksudnye enjin sudah lame tak hidup atau minyak enjin sudah lama tak tukar. bila check dipstick tu… make sure warna minyak itam tu bukan kelabu… kalau kelabu.. maknanye enjin dah masuk air….. trang tang tang… penah aku nak beli halfcut L5 air tu.. tauke tu kata boleh tukar minyak itam kompem ok…. aku kata.. kepala otak ko!!! in the 1st place camne pulak air boleh masuk ke dalam enjin kalau bukan head gasket dah problem…

lagi satu yg jarang orang buat… compression test… bawak ler pomen atau pinjam ler tools tu… tak rugi check.. nak2 pulak kalau korang ambil halfcut yang harga2 mahal… GSR contohnye… ataupun halfcut yg sparepart/ top set nye boleh buat rahang korang jatuh.. hehehe

4) Kalo enjin turbo…cube tengok sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) sama ada leaking atau tak…kalo leaking…tak yah amik.

5) Biasenye halfcut,ade ekzos sparuh…korbankan skit tangan korang yang bersih tu,”colek”skit kat bhgn dlm ekzos tu…tgk ade minyak ke x…kalo ade minyak…(atau kesan minyak enjin)…maksudnye valve seal da bocor…

6) tengok mileage…(jangan percaye sgt, ade yang meter pusing)

7) perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover…kat sini biasa ada banyak habuk melekat,jadi hitam…tu takpe…boleh cuci…tapi kalo basah ngan minyak,tak payah amik.

8) Apabila korang betul2 dah puas ati dgn kriteria di atas, barulah korang suruh die start enjin…dgr die punye autochoke,jalan ke tidak…rpm akan jadi tinggi mase autochoke ni on…

9) kat no 1 tu, aku cakap jgn tutup radiator cap kan?…ha…mase enjin baru nk start ni la byk rahsia ttg enjin tu yg korang boleh tau…tengok sama ada air dlm radiator tu,melompat keluar atau tak…kalo melompat je…korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik halfcut tu, takyah amik…comfirm byk problem halfcut tu…lepas tu korang biar je sambil tengok air dalam radiator tu,kurang atau tak…dlm mase yg same, tgk dkt ekzos, mesti ade sedikit asap warna putih atau itam (normal ni, sbb pembakaran belum lengkap, enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh atau merecik melalui ekzos… ini tandanye enjin tersebut berada pada tip top condition…

10) Perkara paling penting skali mase bli halfcut ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri…jgn buka air cond dulu…biar die jalan dulu…lantakla kalo tak cukup minyak pun…suruh tokey tu tambah lagi petrol…cakapla yang kite nak beli…die mesti layan punye…dengar betul2 die punye idling,elok ke tidak…

11) Bila kipas da pusing…em…kalo bole biar smpi cut…tgk sama ada semput ke tak…kalo semput…mintak turun harga…mungkin plug da tak elok…(sampai stage ni,korang mesti beli,kalo tak beli,siap la korang kene hamun ngan tokey tu)

12) Lepas tu…barulah korang check functional setiap controller…aircond,lampu hujan,lampu besar,lampu highbeam,signal-yang penting nyala,kelp ke tak kelip ke,bukan salah lampu tu,sebab signal blakang takde,so relay jadi tak betul,lps tu tgk lampu2 meter,temperature tu jgn lupe,jgn lebih separuh jam…kalo salah satu dari ni tak function,mintak turun harge kaw2 punye…

13) Pastikan korang dapat complete ngan disc blakang skali,absorber,tangki minyak dan floor mat…kalo xde,mintak turun harga lagi…

14) Yang penting skali…lps idupkan enjin…biarkan dlm 5 minit pastu tekan clutch…kalo RPM drop maknenye main bearing da lingkup (utk halfcut manual sahaja). Kredit:- Page Vehicle Maintenance Awareness

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post INFO !!! Ketahui 14 Tips Mengetahui kondisi Enjin Ketika Membeli Kereta Terpakai Supaya Tidak TERTIPU !!! appeared first on EKSIDENZ.

PENTING !!! 5 Modifikasi Yang Bakal Membuatkan Kereta Anda Hilang POWER !!!

$
0
0

PENTING !!! 5 Modifikasi Yang Bakal Membuatkan Kereta Anda Hilang POWER !!! |Kereta merupakan bentuk kejuruteraan yang paling kompleks kerana ia menggabungkan pelbagai jenis teknologi. Jika anda kaki bikin kereta, artikel ini akan menjelaskan lima pengubahsuaian prestasi yang sebenarnya bukanlah suatu idea yang baik.

featured-image-funtasticko

Walaubagaimanapun terpulanglah kepada anda, kerana itu merupakan selera dan duit poket anda sendiri yang akan rabak dikemudian hari. Kami rasa tiada apa pun yang menarik jika anda terpaksa mengorbankan prestasti kereta semata-mata nak nampak cantik di mata anda, walaupun orang lain nampak ia sesuatu yang pelik.

Jom kita tengok apakah lima perkara tersebut.

  1. Kamber (Camber) Negatif

onikyan

Walaupun pelbagai fakta dibentangkan mengenainya, namun peminat modifikasi ini akan tetap menafikannya sampai bila-bila. Cuba rujuk pada rajah di bawah yang diambil dari buku Carroll Smith “Tune To Win”.

5ca7c1f4-997f-4929-9a65-9a36dc-55cbd135bb1bf

Pekali (coefficient) geseran antara tayar dan permukaan tanah mungkin ciri paling penting untuk tayar – lebih tinggi pekali (coefficient) geseran, lebih cengkaman tayar. Seperti yang anda lihat dalam graf di atas, cengkaman puncak terhasil daripada kira-kira -1.0 hingga -2.0 darjah kamber negatif.

Jumlah ini akan berubah berdasarkan tayar tertentu dan beban lateral yang dialami, sebagai contoh kereta yang mempunyai downforce yang sangat tinggi dapat melepaskan diri dengan kamber (camber) sedikit negatif.

Perlumbaan Nascar merupakan sukan permotoran yang menggunakan kamber (camber) negatif yang paling tinggi. Namun anda kena ingat, kereta ini berlumba atas litar berbentuk oval yang agak curam dengan downforce dan kelajuan yang sangat tinggi. Jadi G-forcenya adalah lebih baik dari kereta yang berada di atas jalan raya biasa, membolehkannya menggunakan sudut kamber (camber) yang lebih tinggi.

Pada hakikatnya, jika anda menggunakan kamber (camber) negatif tayar kereta anda akan kurang cengkaman selain tayar akan lebih cepat haus dan pemanasannya tidak sekata. Jom tonton video di bawah.

2.Tayar yang diregangkan

EuroGolfProject0639

Salah satu daripada dua cara ini membolehkan tayar kereta anda diregangkan. Cara pertama adalah meletakkan tayar sempit pada roda asal. Ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pengendalian.

Cara kedua adalah untuk meletakkan tayar saiz asal (atau lebih besar) pada roda lebih lebar.Ini akan mengakibatkan pertambahan berat roda, sekali gus meningkatkan inersia putaran (kuasa penyaliran) dan meningkatkan berat tak terpegas (mengurangkan keberkesanan sistem anda).

Jadi semasa membelok di selekoh, tayar akan tersagat pada dinding bawah kereta. Untuk menyelesaikan masalah ini, ia tidak memerlukan pelarasan kamber (camber) lebih negatif, tetapi  sebenarnya pemilihan saiz roda dan tayar yang betul.

  1. Spring yang keras

maxresdefault

Untuk kes yang tertentu ada keperluan untuk menggunakan spring yang lebih keras, namun ia tidak semestinya baik. Dalam sukan permotoran kadar spring lebih keras digunakan kerana kereta lumba lebih rendah ke permukaan litar dan digunakan untuk menyekat pergerakan badan kereta, selain mengoptimumkan aerodinamik dan keadaan permukaan litar lumba yang agak rata serta licin.

Spring yang lembut sebenarnya memberikan lebih cengkaman mekanikal. Jika guna spring keras memanglah ia membantu mengurangkan olengan badan dan merendahkan kereta, tetapi jika anda lalu bonggol, jalan yang tidak rata dan lubang pasti anda akan rasa menyesal menggunakannya. Takkan nak menyendeng ke tepi setiap kali nak lepas bonggol macam ketam nak mengajar anak dia berjalan kan?

  1. Hellaflush

546b4485a9436_-_hellaflush-lg

Ia lebih kurang sama macam tayar yang diregangkan. Jika kenderaan anda mempunyai lega yang hanya beberapa milimeter sahaja dengan permukaan jalan ia bermakna suspensi perlu lebih keras. Kereta yang terlalu rendah akan lebih kerap tersagat (jika guna supensi terlalu lembut dan kurang lega) atau melantun setiap kali melepasi bonggol (jika guna supensi terlalu keras).

Jadi ia akan mengurangkan kualiti perjalanan dan meminimakan cengkaman mekanikal. Idea Hellaflush ini telah diharamkan oleh kerajaan Quebec dan syarikat insurans akan menolak tuntutan anda jika berlaku kemalangan yang melibatkan modifikasi sebegini.

Mungkin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mempertimbangkan penguatkuasaan untuk modifikasi seperti Hellaflush ini. Sebenarnya ada cara membolehkan kereta anda nampak seolah-olah merayap atas jalan, dengan menggunakan supensi udara. Contohnya tengok bas Rapid tu, apabila berhenti ia akan rendahkan badannya ke permukaan jalan untuk memudahkan penumpang untuk turun, bijak kan?

  1. Menggerudi cakera brek

4efcdbcf87cd6f0f15775db3a47742d2

Menggerudi cakera brek sebenarnya ada tujuan yang tertentu, bukan untuk suka-suka je. Bucu tajam dari lubang yang digerudi boleh meningkatkan tekanan dan akan melalui julat suhu yang luas – dari terlalu panas, kembali turun ke ambien, mengakibatkan cakera menjadi retak.

Sebenarnya, lubang yang digerudi itu bertujuan untuk menyingkir keluar gas permukaan brek, serpihan atau air (stim), membolehkan pad brek kekal mencengkam pada cakera. Selain itu dengan menggerudi cakera, ia mampu mengurangkan haba brek.

Masih tidak yakin? Jika lubang yang digerudi lebih bulat, melengkung, talang (chamfered) tidak lurus, ia akan meningkatkan pusingan cakera dan ketahanan pad selain menghapuskan bucu yang tajam serta mengurangkan tekanan teraruh.

Kredit:- funtasticko.net

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post PENTING !!! 5 Modifikasi Yang Bakal Membuatkan Kereta Anda Hilang POWER !!! appeared first on EKSIDENZ.

WAWW !!! Bentuk Model Jaguar Baru Yang Pasti Membuatkan Anda TERLIUR !!!

$
0
0

WAWW !!! Bentuk Model Jaguar Baru Yang Pasti Membuatkan Anda TERLIUR !!! |Sebelum ini, Jaguar Malaysia telah mewar-warkan tentang ketibaan Jaguar XF baharu di Malaysia menerusi laman media sosial Facebook. Terbaru, ia telah pun disahkan bakal tiba di negara ini pada 26 April 2016.

Screen-Shot-2016-04-11-at-11.21.54-AM (1)

Menerusi entri yang dimuatnaik, ia turut memaparkan imej hadapan sedan mewah ini termasuk padanan lampu utama LED yang lebih nipis serta kluster lampu belakang yang menyerupai model XE yang telah dilancarkan di Malaysia. Malah foto papan pemuka XF baharu ini juga didedahkan.

XF generasi kedua ini telah pun melakukan penampilan perdana di New York International Auto Show (NYIAS) tahun lalu. Ia juga telah mula berada pasaran dunia pada hujung tahun 2015. Bagi model ini, ia dikatakan lebih ringan, lebih berkuasa, lebih penjimatan bahan api dan juga memiliki ruang dalaman yang lebih besar berbanding XF yang asal, yang diperkenalkan sejak tahun 2007.

Penggayaannya juga diinspirasikan dari XE yang lebih kecil, termasuk perumah kaca yang dilebarkan ke belakang memberikan penampilan XF baharu ini lebih berkarakteristik seperti garisan bumbung model coupe. Ditambah pula XF 2016 ini 7 mm lebih pendek dan 3 mm lebih rendah berbanding model terdahulu, tetapi dengan jarak roda 2,960 mm menjadikan ia 51 mm lebih panjang, sekali gus menjawab bagaimana menjadikan ruang dalamannya lebih luas. Malah papan pemukanya juga seakan berkongsi rekaan yang sama dengan XE, yang dilancarkan pada Januari lalu.

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_12_RHD-e1427230563691-850x466

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_13_RHD-850x478

Dibangunkan dengan seni bina modular aluminium Jaguar (model kedua selepas XE), XF baharu ini 190 kg lebih ringan berbanding terdahulu dan 80 kg lebih ringan berbanding pesaingnya. Di mana Jaguar mendakwa ketegaran kilasannya telah dipertingkatkan sehingga 28%.

XF baharu ini juga menampilkan enjin Ingenium 2.0 turbodiesel baharu dengan dua output iaitu 163 PS/380 Nm dan 180 PS/430 Nm, dipadankan dengan sama ada transmisi manual enam-kelajuan atau automatik lapan-kelajuan. Ia turut menawarkan tiga pilihan enjin lain iaitu petrol 2.0 liter turbo (240 PS/340 Nm), diesel 3.0 liter biturbo (00 PS/700 Nm) dan petrol 3.0 liter supercharged sama ada 340 PS/450 Nm atau 380 PS/450 Nm – hanya auto sahaja.

XF sedia ada di Malaysia ditawarkan dengan petrol 2.0 Ti (240 PS/340 Nm), diesel 2.2 Td (200 PS/450 Nm), diesel 3.0 Td (275 PS/600 Nm) dan petrol 3.0 SC supercharged (340 PS/450 Nm), harga dari RM408,888 hingga RM623,888.

Berikut beberapa gambar yang boleh anda lihat sebagai pencuci mata anda:-

JAGUARXF_S_Detail_03_RWD-850x637

JAGUARXF_S_Detail_04-850x637

JAGUARXF_S_Detail_01-850x637

JAGUARXF_S_Detail_02-850x637

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_10_RHD-e1427229677367-850x506

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_12_RHD-e1427230563691-1-850x466

JAGUARXF_S_Dynamic_Trk_13_RHD-1-850x478

JAGUARXF_S_Hero_01_RHD_RWD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_02_RHD_RWD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_03_RHD_RWD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_04_RHD_RWD-850x567

JAGUARXF_S_Hero_L_04_RHD-850x478

JAGUARXF_S_Hero_L_09_RHD-850x478

JAGUARXF_S_Interior_02RHD_RWD-e1427231824905-850x561

Apa macam? Terliur tak?

 

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post WAWW !!! Bentuk Model Jaguar Baru Yang Pasti Membuatkan Anda TERLIUR !!! appeared first on EKSIDENZ.

TERBAIK !!! Kini Suzuki Akan Muncul Dengan Superbike Berkuasa Turbo !!!

$
0
0

TERBAIK !!! Kini Suzuki Akan Muncul Dengan Superbike Berkuasa Turbo !!! |Selepas kejayaan Kawasaki H2 dan H2R 2016 yang menampilkan teknologi enjin dengan induksi paksaan pada motosikal, Suzuki juga dikhabarkan mungkin akan menggunakan konsep yang sama untuk superbike GSX-R mereka seterusnya. Menurut laporan autoevolution, sebuah lukisan paten didedahkan menyaksikan sebuah motosikal sport dengan rekaan pada sistem kemasukan udara yang kelihatan bersedia bekerjasama dengan sistem induksi paksaan.

Suzuki-turbo-bike-patent-drawings3_BM-850x565

Enjin dengan induksi paksaan bukan perkara baharu bagi Suzuki. Mereka sebelum ini telah pun membina model XN-85 untuk pasaran pada era 80’an dengan dilengkapi enjin GSX 673 cc empat silinder sebaris DOHC dengan bantuan pengecas turbo, menghasilkan kuasa sejumlah 85 hp – dimana angka tersebut diabadikan pada namanya.

Berikutan standard emisi yang semakin meningkat di serata dunia, kebanyakkan pengeluar sedang giat membina enjin yang lebih berkuasa dan efisien dengan kapasiti lebih kecil. Trend ini sedang berleluasa pada industri pembuatan kereta kini, dan mula menular pada industri motosikal.

1983-Suzuki-XN-85-Turbo-e1460518210783_BM

Selain dari lukisan paten ini, tiada lagi maklumat ataupun pengumuman rasmi dari Suzuki berkenaan enjin dengan teknologi induksi paksaan untuk produksi motosikal jalanan. Khabar angin pada awal tahun ini juga menyaksikan gambar sebuah motosikal seperti Hayabusa dengan enjin 1,400 cc didesak dengan pengecas turbo, tetapi tiada lagi apa-apa berita kedengaran selepas itu.

Suzuki-turbo-bike-patent-drawings2_BM-850x583

Suzuki-turbo-bike-patent-drawings4_BM-850x552

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post TERBAIK !!! Kini Suzuki Akan Muncul Dengan Superbike Berkuasa Turbo !!! appeared first on EKSIDENZ.

Ikuti Luahan Hati Seorang Pemilik Proton Saga Yang Bakal Membuat Anda BANGGA !!!

$
0
0

Ikuti Luahan Hati Seorang Pemilik Proton Saga Yang Bakal Membuat Anda BANGGA !!! |Pertandingan Proton Search sedang berlangsung yang baru memasuki minggu ke-6 mendapat sambutan yang hangat dari pemilik-pemilik Proton. Tak sangka masih ramai menyimpan Saga pertama itu di dalam keluarga mereka. malah, walaupun jumlah perbatuan (mileage) kereta mereka sudah tinggi, Saga mereka masih kekal seperti mana ia dibeli dahulu.

 Steven-Main

Careta turun bersama pasukan Proton untuk berjumpa dengan Steven Oorjitham, pencetus idea untuk Proton mewujudkan pertandingan The Proton Search.

Steven, berusia awal 50-an, berasal dari Pulau Pinang. Seorang yang pelembut, dan sangat mudah untuk mesra, beliau ialah seorang graduan dalam bidang pendidikan dari USM. Steven memulakan karier beliau di sebuah kilang di Pulau Pinang, dan kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan syarikat jualan langsung Amway.

“Saya membeli Proton Saga saya pada tahun 1988, dari pengedar Proton di Taman Tun Dr Ismail,” ujar beliau. “Semasa itu, isteri saya masih menjadi teman wanita saya!” sambung Steven. Proton Saga 1.5 S Magma itu menjadi pengangkutan utama Steven. Selepas berkahwin, Steven tetap tidak membeli kenderaan lain. “Saga itulah menjadi kenderaan utama kami,” terang Steven.

 01-Steven-Proton-Search-1

02-Steven-Proton-Search-2

Proton Saga itu menghantar mereka suami isteri ke tempat kerja, dan kemudian setelah mendapat anak-anak, ia dikongsi bersama untuk ke sekolah, pergi membeli belah, melawat saudara malah ia menjadi tunjang utama keluarga Steven. Steven juga membawa keluarganya berjalan ke merata lokasi di dalam negara bersama ibunya. Tahun 2005 menjadi tahun bermakna untuk Steven kerana dia membawa keluarga dan ibunya bercuti ke Cherating.

“Itulah kali terakhir ibu bersama kami untuk bercuti. Beliau meninggal setahun selepas itu,” tambah Steven.

Malah Steven juga sudah kehilangan isterinya. “Selama enam bulan isteri saya menderita kerana kanser, dan saya melihat beliau dari sihat sehingga jatuh sakit teruk. Saya sibuk menguruskan anak-anak, menguruskan pekerjaan dan menjaga isteri saya sehingga beliau meninggal dunia.”

Sepanjang masa itu, Steven bersyukur kerana Proton Saganya tidak memberi sebarang masalah, walaupun sudah berusia. Menurut Steven, enjinnya masih asli.”Dia tak pernah meragam dan menyebabkan saya terkandas semasa perjalanan. Nasib saya selalu baik, jika rosak pun, selalunya di rumah atau berhampiran dengan stesen minyak tetapi ia sangat-sangat jarang berlaku!”

 03-Steven-Proton-Search-3

05-Steven-Proton-Search-5

06-Steven-Proton-Search-6

Sehingga kini, Proton Saga Magma putih ini menjadi satu-satunya kereta keluarga tiga beranak itu. “Sampaikan anak sulung saya, Sarah, mahu menggunakan Saga itu sebagai kereta pengantinnya. Begitu penting Saga itu kepada kami dan saya sendiri setiap hari berdoa kepada Tuhan agar Saga kami akan terus menyumbang tenaga kepada keluarga kami dan tidak memberikan masalah.”

 09-Steven-Proton-Search-9

10-Steven-Proton-Search-10

11-Steven-Proton-Search-11

Steven kini mengadakan kelas-kelas tuisyen di rumahnya. Beliau tinggal dengan dua orang anak gadisnya dan dua ekor anjingnya. Saga itu pula dalam proses restorasi. “Saya sekarang perlu membaiki keadaan luaran dan kabin sahaja. Enjin memerlukan “top overhaul”, memadai dengan jarak perbatuannya yang sudah melepasi 430,000 km. Pendingin hawa juga sudah dibaiki, transmisi pernah di “overhaul” dahulu dan sistem gantungan dan brek sentiasa dijaga. ”

 12-Steven-Proton-Search-12

13-Steven-Proton-Search-13

“Inilah keluarga kami. Dan Saga itu sebahagian dari kami.”

Untuk semua, pertandingan Proton Search ini akan berakhir pada 8 Jun 2016. Untuk maklumat lanjut sila layari www.proton.com. Kredit to Careta

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Ikuti Luahan Hati Seorang Pemilik Proton Saga Yang Bakal Membuat Anda BANGGA !!! appeared first on EKSIDENZ.

Viewing all 21 articles
Browse latest View live